Sejarah

Sejarah SMN Foods (M) Sdn. Bhd.

Seni pembuatan kicap merupakan  satu warisan dan akar umbi tradisional yang telah diperkenalkan di Malaysia pada kurun ke 19 sewaktu peralihan tenaga pekerja dari negara China. Walaupun pada awalnya kicap ini dianggap sebagai suatu yang asing, namun kini ciri-cirinya kini adalah seiring dengan sambal belacan.

Setelah mengenalpasti perubahan citarasa di kalangan rakyat Malaysia yang telah mula menerima kicap ini, Syarikat Muhammad Nor tidak melengahkan masa lalu terus memulakan pengusahaan keluaran ini pada tahun 1972. Lantaran itu, pada hari ini, Syarikat Muhammad Nor pemimpin atau teraju dalam industri sos kacang soya. Rangkaian keluarannya selain Kicap Tiga Ayam yang sudah tidak asing lagi ialah sos tomato dan sos cili Samano serta cuka Seri Bintang.

Meskipun segala jenama memaparkan tahap kualiti yang tinggi, namun SMN Foods (M) Sdn. Bhd. tetap berpegang teguh kepada prinsip "kesempurnaan tidak mengenal batasan". Sehubungan itu, mereka telah melengkapkan diri dengan teknologi moden yang canggih untuk mengetatkan lagi kawalan mutu pemprosesan makanan. Ini bertujuan untuk untuk menawarkan keluaran SMN Foods (M) Sdn. Bhd. yang terbaik kepada para pengguna.
Dengan itu, segala keluaran SMN Foods (M) Sdn. Bhd. telah diiktiraf sebagai yang terunggul dari segi kualiti dan keenakan, sambil menjamin nilai untuk wang anda. Semestinya ia suatu peransang selera bagi setiap sajian anda. Di samping SMN Foods (M) Sdn. Bhd. terus mengembeling dayausaha untuk menghasilkan sos kacang soya yang lebih lazat lagi, para pengguna tentunya menyakini bahawa setiap belian keluaran SMN Foods (M) Sdn. Bhd. sesungguhnya merupakan belian terbaik!

Labels